28 March 2017

Muhyiddin mimpi siang hari... Pakatan tak mungkin jadi macam BN


Muhyiddin Yassin nampaknya bermimpi di siang hari apabila mahu menjadikan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai DAP untuk menjadi sebuah parti koalisi macam Barisan Nasional (BN) di mana parti mewakili Melayu akan mendominasi pakatan tersebut.

Aku berkata demikian sebab aku boleh potong kuku hitam bahawa DAP tidak akan menerima gagasan yang mahu dibawa PPBM itu kerana semua orang tahu bahawa DAP adalah parti cauvanis yang kuat kecinaannya walaupun mereka cuba konon-konon menunjukkan ia sebuah parti pelbagai kaum.

DAP sudah pasti menolak idea Muhyiddin yang mahu menjadikan PPBM seperti UMNO dalam BN yang menguasai parti tersebut kerana ia tidak selari dengan perjuangan DAP selama ini. Malah DAP sebetulnya sejak sekian lama menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang baik semasa Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat mahupun kini menerusi PH sekarang.

Hal ini boleh ditanya kepada Pas yang entah sekian kalinya terguris hati dengan DAP yang acap kali menunjukkan mereka "bos" dalam pakatan pembangkang dan sanggup menolak idea dan pandangan parti lain khususnya Pas. Sebab itulah sekarang ini Pas seakan-akan berpatah arang dengan DAP (tak tahulah kalau semasa PRU-14 nanti Pas buat pusingan U sebab pak-pak lebai Pas ni bukan boleh dipakai).

Lagipun siapalah PPBM nak menguasai PH yang turut dianggotai oleh PKR dan PAN itu. PPBM baru tak sampai setahun penubuhan sudah menunjukkan tanda-tanda "mahu berkuasa" dan sehingga kini pun DAP masih belum "mengiktiraf" PPBM apabila tetap menamakan Anuar Ibrahim atau Wan Azizah sebagai PM jika mereka menguasai Putrajaya.

Peranan PPBM dalam  PH tidak lebih hanya nasi ganja kepada DAP yang mahu melihat orang Melayu terus berpecah belah menerusi pelbagai parti. Mereka sudah menaja PAN untuk memecahkan Pas dan kini PPBM yang merupakan serpihan terbaru UMNO  pula 'dikuasainya' menerusi PH.

Apakah suara PPBM akan didengari dalam PH?

Aku yakin nasib PPBM akan sama seperti Pas semasa dalam pakatan pembangkang atau senasib Melayu-melayu dalam DAP yang tidak ada peluang untuk berada dalam barisan kepimpinan parti majoriti keahliannya orang Cina itu.

Kalau adapun hanya sekadar "penyedap di atas katil" di mana selepas hajat sudah dicapai mereka akan ditendang seperti kain buruk. Begitulah yang dilakukan DAP terhadap Pas selama ini.

Jadi bagi aku Muhyiddin tak usah berangan untuk menjadi "UMNO" dalam PH kerana PH bukan BN. Ideologi BN jauh bertentangan dengan ideologi PH. Kalau Melayu menguasai BN, sebaliknya PH dikuasai oleh kaum Cina.

Malulah sikit Muhyiddin...

08 March 2017

Punca orang Cina tidak hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan

Ramai ibu bapa bimbang anak-anak mereka hilang "kecinaan" jika belajar di sekolah kebangsaan.
Beberapa minggu lepas aku berkenalan dengan dua wanita Cina secara tidak sengaja dalam satu majlis. Seorang lahir di Pulau Pinang dan seorang lagi orang Terengganu. Kami berbual panjang dalam banyak isu. Dalam duk sembang-sembang salah seorang bercerita pengalaman lucunya memasang 'promosi Tahun Baharu Cina' terbalik gara-gara dia tidak tahu membaca tulisan Cina.

Aku terkejut. Eh takkan lah orang Cina tidak tahun membaca bahasa Cina? Tanya aku. Dia mengaku memang dia tak tahu dan dia juga tidak lancar bercakap bahasa Cina. Sebabnya dia dahulu belajar di sekolah kebangsaan.

Seorang lagi rakannya juga mengaku tidak fasih bercakap Tionghua, apatah lagi untuk membaca dan menulis sebab dia juga dahulu belajar di sekolah kebangsaan dan meneruskan pengajian di UKM. Malah dia kata dia lebih mahir bercakap Melayu daripada bercakap Cina.

Jadi fahamlah aku kenapa ibu bapa orang Cina tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan sebab mereka bimbang anak-anak mereka hilang "kecinaan" mereka. Mereka takut anak-anak mereka menjadi "melayu" seperti mana dua kenalan aku di atas.

Apatah lagi sekolah kebangsaan terlihat terlalu "kemelayuan" dan "keislaman" termasuk kewajiban membaca doa di perhimpunan atau sesetengahnya mengamalkan bacaan yasin setiap pagi Jumaat. Keadaan ini konon tidak begitu selesa bagi kaum lain.

Dalam hal ini aku percaya ibu bapa hanya berlandaskan persepsi ditambah dengan hasutan pihak-pihak tertentu atau parti politik tertentu. Sedangkan kenyataannya seseorang Cina tidak akan jadi Melayu jika hanya sekadar belajar di sekolah kebangsaan. Dan orang Melayu juga tidak akan jadi orang Cina semata-mata belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina.

Seingat aku sehingga kini belum ada satu kajian dibuat tentang perbezaan orang Cina yang dapat pendidikan di sekolah kebangsaan dan mereka yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan. Aku harap ada pihak yang sudi tampil membuat kajian dan daripada situ kita dapat lihat siapa yang lebih "berjaya".

Kalau dari pemerhatian aku di kalangan rakan-rakan dan kenalan, aku tengok mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan ni jelas-jelas lebih mahir berbahasa Melayu dan Inggeris manakala mereka yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan gagal bercakap dengan baik dalam bahasa Melayu dan sesetengahnya dalam bahasa Inggeris.

Tidak hairan kalau ada orang Cina yang lahir di Malaysia, bersekolah di Malaysia dan masuk universiti di Malaysia tetapi tidak boleh bercakap Melayu tetapi ada hati nak mengaku "kita orang Malaysia" dan mahu tuntut hak yang sama dengan  kaum bumiputera.

Korea Utara buat rakyat Malaysia tegang....

Nampaknya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara semakin tegang. Ini semua gara-gara kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di KLIA2 baru-baru ini.

Sekarang Malaysia nak ambil tindakan putuskan hubungan diplomatik dengan negara komunis tu. Ramai yang sokong termasuk parti politik yang pro-komunis, DAP.

Bagi aku kalau nak putuskan hubungan dengan Korea Utara jangan sampai putus habis. Simpanlah sedikit untuk jejaka-jejaka Malaya mencari calon-calon isteri dari Korea Utara. Maklum tengok pada gadis-gadis military mereka pun boleh buat ramai jejaka Malaya "tegang". Keh keh keh

Kalau tak percaya... tengok nih!

Ni kawat ke K-Pop tataulah...

Macam ni punya kawat, askar Malaysia pun tak sanggup nak serang.
Korea Utara buat polisi mewajibkan semua wanita masuk militan.




"Sir, kalau nak serang Malaysia kasi bawak balik Fattah Amin ya?"

22 February 2017

Siapa bayar ratusan ribu untuk dapatkan rakaman CCTV Jong-nam?


Dari awal lagi aku tertanya-tanya macam mana rakaman CCTV di klia2 yang menunjukkan detik-detik Kim Jong-nam dibunuh dapat diperoleh stesen TV luar negara yang kemudian viral di seluruh dunia?

Sebabnya aku rasa hanya dua pihak saja yang mempunyai akses untuk melihat rakaman CCTV ini iaitu pihak polis yang menjalankan siasatan dan juga bahagian keselamatan airport. Kalau orang awam amat mustahil dapat mereka mendapatkan rakaman ini, melainkan dia seorang hacker yang maha hebat.

Yelah media tempatan pun tak dapat footage tersebut macam mana dalam tempoh hanya beberapa hari selepas kejadian rakaman CCT tersebut sudah sampai ke Jepun dan Korea Selatan yang kemudian disiar di TV negara itu sebelum viral ke seluruh dunia menerusi YouTube.

Tapi aku dengar-dengar khabar ada pihak tertentu telah membayar ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan rakaman CCTV tersebut  yang kemudian dijual kepada stesen TV luar negara. Siapalah yang sanggup berhabis sebanyak itu untuk mendapatkan rakaman tersebut yang juga bahan bukti utama siasatan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara ini? Tapi aku percaya pelaburannya berbaloi sebab rakaman ini sudah tentu mendapat permintaan yang tinggi memandangkan ini kes berprofil tinggi.

Hemmm... eloklah kalau MAHB dah report polis pasal kebocoran rakaman video ini. Sebabnya selain mengganggu siasatan ia juga sebagai balasan kepada pihak-pihak yang sengaja mencari keuntungan daripada kesusahan orang lain.

Satu lagi aku nampak media tempatan ni agak perlahan dalam melaporkan kes pembunuhan berprofil tinggi ini berbanding media asing. Yelah, kalau bukan laporan media asing sudah tentu rakyat Malaysia tak tahupun ada kejadian pembunuhan di klia2.

Polis Malaysia pun tak ada nak siasat secara terperinci kematian seorang penumpang yang menerima rawatan di klinik klia. Dan media tempatan pun masih lagi lena tidur dibuai aircon atau sedang ketuk berita sambil kunyah kuaci di pejabat.

Bak kata kawan aku orang lama dalam dunia kewartawanan. Wartawan sekarang tak macam dulu berusaha mencari berita eksklusif sampai sanggup panjat tembok dan kena halau. Wartawan sekarang semua harap sidang akhbar jeh. Paling-paling tunggu update kat media sosial... Hemm


MTB: Wartawan sekarang cedok sumber dari blog dan blogger pula tulis blog mengalahkan wartawan. Dunia dah tunggang-langgang ke apa ni?


20 February 2017

Rakaman video detik-detik pembunuhan Kim Jong-nam tersebar


Sebuah klip video yang menunjukkan detik-detik pembunuhan Kim Jong-nam  telah tersebar di YouTube hari ini. Wow...

Video berdurasi 5 minit 26 saat itu menunjukkan Jong-nam masuk ke terminal berlepas KLIA2 sebelum dia didatangi dua wanita yang menyerkup dan menyembur atau melumur sesuatu di mukanya (kat sini tak berapa jelas).

Rakaman dipercayai daripada CCTV yang terdapat di KLIA2 itu juga menunjukkan dua wanita terbabit meninggalkan Jong-nam dalam arah yang berlainan sebelum abang pemimpin Korea Utara itu mendapatkan pertolongan daripada kaunter pertanyaan.

Jong-nam dilihat dihantar ke klinik KLIA2 oleh dua anggota keselamatan lapangan terbang.

Persoalannya bagaimana footage video ini dapat diperoleh dan disiarkan oleh stesen TV luar negara dan kemudian di sebar menerusi YouTube sedangkan aku percaya rakaman ini tidak mungkin diperoleh oleh orang kebanyakan melainkan daripada pihak polis.




19 February 2017

Kecoh kalimah Allah pada tapak kasut sekolah

Kasut sekolah yang dikatakan bercorak kalimah الله.
Dua hari lepas seorang ibu telah hantar gambar sekeping surat dari guru besar sebuah sekolah agama di Batu Pahat dalam Whatsapp Grup kelas anak aku berhubung rekaan tapak kasut dengan kalimah الله. Puas juga kami mak bapak duk fikir kat mana kalimah الله tersebut.

Ada beberapa ibu bapa yang kata tak nampak pun kalimah tu. Aku sendiri pun puas jugak mencari-cari kat mana kalimah tu sampailah aku terima sekeping lagi siap ditunjukkan kalimah tersebut.

Bila sebut kalimah الله ni teringat aku dengan salah seekor ikan koi yang dibeli isteri aku untuk anak-anak. Dah beberapa hari ikan-ikan tu duduk dalam akaurium anak. Tapi maklum kali pertama ada akuarium kat rumah, aku lepas balik kerja nak hilang lelah duk mengadap akuarium tu sambil tengok gelagat ikan-ikan tersebut. Isteri aku kata bagus untuk release stress dengan tengok ikan.

Dalam duk perhati ikan-ikan tu aku perhati seekor ikan koi aku ni ada corak-corak yang menarik perhatian aku. Tau apa dia? Hemmm.... macam kalimah الله. Aku tanyalah isteri dan anak-anak aku pasal tu tapi mereka kata tak macam kalimah الله pun.

Ikan koi anak aku yang macam ada kalimah الله.
Bagi aku mudah saja. Kalau kau tenung awan dan nampak macam-macam bentuk kan? Kalau dalam otak kau fikir ayam makan bentuk dia macam ayamlah. Begitu jugal soal kalimah الله ini. Kalau kau nampak ia macam kalimah, ya akan jadi kalimah الله lah.

Tapi aku percaya pereka bentuk kasut tersebut tidak ada sebarang niat untuk buat corak berbentuk kalimah الله melainkan ia kebetulan mirip sahaja. Dan kalau kau tengok tenung dari segala sudut memanglah akan nampak seperti kalimah tersebut.

Begitu juga isu salib pada masjid Nusajaya dulu walhal ia adalah kerana dilihat dari satu titik maka kelihatan macam kayu bersilang berbentuk salib.

Apa pun ia bergantung kepada kepercayaan dan keyakinan. Macam kita yakin dan percaya bahawa Najib tu pemimpin paling musibat maka nampaklah keburukannya, dan tenggelamkan segala kebaikannya. Dan kalau kau yakin dan percaya LKS itu baik maka nampaklah segala kebaikannya dan tenggelamlah segala kedajalannya.

Wallahuaklam