Apa beza isu pasir Dengkil dengan gondol hutan Bukit Cerakah?

Syok baca laporan media beberapa hari ini yang menyerang kerajaan Selangor habis-habisan berhubung kerja-kerja melombong pasir dekat Dengkil. Kerajaan Selangor kata ia sah dan dapat permit tapi media kata ia melampau sehingga menjejaskan alam sekitar.

Dalam bab pasir ini aku bukan nak membela mana-mana pihak tetapi sememangnya melombong pasir merupakan salah satu income segera yang boleh dikutip baik untuk kerajaan negeri atau mereka-mereka yang terlibat. Yelah, bisnes tak perlu modal apa pun. Cari kawasan lapang atau yang banyak pasir, lantik kontraktor, korek dan jual. Untung berlipat kali ganda dan siapa-siapa yang berkuasa boleh tarik komisyen darinya. Wow!

Selain pasir, tanah bukit dan kawasan hutan juga boleh dijual dengan mudah dan mendapat pulangan lumayan. Dan itulah yang berlaku di kawasan Bukit Cerakah suatu ketika dahulu. Siapa agaknya yang luluskan kerja-kerja menggondol hutan, bukit dan tanah di kawasan tersebut atas nama pembangunan? Hemm... (Baca komen Awang Selamat di sini...)

Di Kelantan pula isu pembalakan secara berlaluasa sehinggakan pokok baru nak kenal dunia pun dicantas dijadikan kayu balak untuk dijual dan dapat hasil segera. Jangan tanya bab-bab komisyen sebab pemimpin Pas "tak makan duit komisyen". Yang mereka ambil ialah sedekah yang diberikan oleh tauke-tauke balak.

Itu belum tengok keadaan tanah, hutan dan bukit-bukau yang gondol sana sini di negeri-negeri lain. Pergilah tengok kerja-kerja korek pasir kat Kota Tinggi nun. Ramai yang musyhkil kat mana pasir-pasir ni nak dihantar. Silap-silap daripada 100 lori, 50 lari hantar ke negara jiran.

Begitu juga dengan keadaan hutan dan bukit-bukau di negeri-negeri lain termasuk di Selangor sendiri, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu (yang aku nampaklah), habis gondol sana sini. Bila datang musim hujan, negara alami banjir besar sebabnya ekosistem dah tak betul. Itu semua dihalalkan atas nama pembangunan. Cisss...!!

Jadi bagi aku bab-bab menjarah tanah, hutan, bukit-bukau kat Malaysia ni sama sahaja. Baik kerajaan bawah BN, Pas atau PKR macam kat Selangor. Semuanya bernafsu serakah untuk isi tembolok sendiri. Ada peluang sapu. Maklum PRU-13 nanti silap-silap kalah dan tak de peluang lagi nak tambah kekayaan. Inilah peluangnya!
Apa beza isu pasir Dengkil dengan gondol hutan Bukit Cerakah? Apa beza isu pasir Dengkil dengan gondol hutan Bukit Cerakah? Reviewed by mesin taip buruk on 7/14/2010 01:12:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.