Boikot Sukan Olimpik London... Satu idea menarik!

Aku cukup tertarik dengan tulisan Mansor Puteh yang menggesa negara-negara Islam termasuk Malaysia memboikot Sukan Olimpik London 2012 sebagai balasan tindakan kuasa besar yang menekan dan bertindak kejam terhadap Palestin, Iraq, Iran dan beberapa negara Islam lain.

Betul katanya. Kalau Sukan Olimpik 1980 di Moscow kita boleh boikot (kalau tidak sudah pasti pasukan bola sepak Malaysia beraksi di sini) kerana perang dingin antara AS dan Rusia dan sebab pencerobohan Rusia di Afghanistan, kenapa kita tidak boleh boikot Sukan Olimpik London nanti sedangkan pada masa kini begitu ramai umat Islam  terutama di Palestin dan Iraq yang menderita kerana pengaruh AS dan Britain.

Kalau perlu kita juga patut boikot Sukan Komanwel yang dijangka dilangsungkan di New Delhi tahun ini. Bukan sebab kita bencikan India sebagai tuan rumah tetapi kerana sukan komanwel adalah sukan melibatkan negara-negara yang pernah dijajah oleh British. Ini sukan memperingati kekuasaan Empayar British sehingga mampu menjajah beratus-ratus negara suatu ketika dulu. Kini British masih menunjukkan kuasanya dengan bantuan AS dengan mengasak rakyat Palestin dan Iraq.

Baca tulisan Mansor Puteh di sini....
Boikot Sukan Olimpik London... Satu idea menarik! Boikot Sukan Olimpik London... Satu idea menarik! Reviewed by mesin taip buruk on 7/15/2010 11:18:00 AM Rating: 5
Powered by Blogger.