Dot dot dot Dalam Botol.... Uuuwwweeekkkkk!!!

Kisah bapok dan gaya hidup LGBT dipapar dalam filem Anu Dalam Botol... Apa faedahnya?
Kecoh bila pelakon lelaki filem "...Dalam Botol" mengaku bertelanjang bulat dalam salah satu babak dalam filem tersebut. Tapi katanya dengan kehebatan jurukamera dan jurusolek (selaku penasihat) maka tak adalah nampak anunya tu.  Pergh... pendedahan pelakon yang aku pun tak pernah dengar namanya itu nyata telah meletop-letop, mengatasi letopan video Peterporn.

Tapi terus terang aku cakap, dengar tajuk filem ni pun aku dah nak muntah apa lagi kalau menontonnya. Kalau ikut sinopsis ceritanya mengisahkan hubungan terlarang antara lelaki dan si bapok (lelaki yang tukar jantina) yang cuba ditonjolkan dalam filem ini. Ikut kata penerbitnya, dia nak "berdakwah" melalui filem. Sebab itu dia buat filem yang tajuk asalnya "Anu Dalam Botol" tu. Berdakwah? Tengkorak dia berdakwah macam tu.

Inilah Nik Aziz panggil ibarat mengajar pencuri bagaimana nak mencuri. Tapi aku percaya mereka yang akan menonton filem ini nanti akan termuntah hijau dengan adegan-adegan yang tidak sewajarnya ditonjolkan biar pun sesama lelaki. Eeee... aku tak boleh bayangkan tengok filem ini di mana sesama jantan berpelukan dengan mesra, berpimpin tangan dan bercakap dengan nada-nada romantis.... Uuuuwwweeekkk...!!

Melainkan spesies-spesies CIFU dan kaum Nabi Lut mungkin sukalah tengok filem ini. Dan aku nak jugak tengok kalau lepas tengok filem ini puak2 terbabit akan menangis tersedu-sedu kerana insaf akan kehidupan luar tabii yang diamalkan mereka. Atau mereka terus pergi ambil air sembayang, langsung sembahyang sunat taubat. Itulah gamaknya yang dimahukan oleh penerbitnya tu yang dia kata nak berdakwah menerusi filem.

Apa pun aku harap filem ini tidak dibenarkan ditayangkan memandangkan dengar tajuknya sudah menggambarkan kelucahannya, ditambah dengan adegan pelakon yang membogelkan diri di hadapan kamera serta jalan ceritanya yang aku percaya tiada langsung nilai-nilai murni.

Orang putih yang kehidupan mereka yang caca-marba pun tidak buat filem se-direct ini. Banyak contoh filem Hollywood yang menggambarkan kehidupan manusia yang melanggar arus norma kehidupan - homoseksual, lesbian - tetapi mereka menggarapnya dengan penuh nilai estetik dan bukannya erotik, melainkan filem lucah.

Kalau aku boleh cadangkan marilah kita pakat boikot filem tu. Buat apalah nak tengok cerita-cerita macam tu. Kalau nak menginsafkan diri, lebih baik pergi dengar ceramah ustaz kat masjid/surau tu. Aku percaya kalau kita boikot pun, penerbit atau taukeh panggung tak boleh marah sebab kita punya duit. Nak masuk panggung tengok wayang kena bayar oooo... bukan free! Lebih baik duit tu bagi kat anak buat belanja sekolah.
Dot dot dot Dalam Botol.... Uuuwwweeekkkkk!!! Dot dot dot Dalam Botol.... Uuuwwweeekkkkk!!! Reviewed by mesin taip buruk on 7/06/2010 04:16:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.