Melayu Pulau Pinang bayar mahal untuk tukar kerajaan

Nampaknya orang Melayu di Pulau Pinang membuat bayaran yang amat mahal menukarkan kerajaan dari BN kepada DAP/PKR/Pas. Sejak memberi kuasa kepada pembangkang yang diketuai oleh DAP pada PRU-12 lalu, orang Melayu di Pulau Pinang bukan sahaja kehilangan "kuasa" tetapi kini sedikit demi sedikit kehilangan tanah mereka.

Begitulah senario yang berlaku di Pulau Pinang dan nasib yang dialami oleh orang Melayu di negeri itu yang menukarkan kertas undi mereka terhadap Pas, DAP dan PKR kepada tanah air tempat mereka diami selama ini. Malang... amat malang sememangnya tetapi mereka tidak boleh berteriak menyalahkan orang lain, melainkan diri sendiri.

Aku yakin dan percaya ada di kalangan orang Melayu Pulau Pinang yang kehilangan tanah dan rumah kediaman kerana "dirampas" oleh kerajaan negeri itu telah memberikan undi kepada pembangkang. Kalau tidak masakan mereka boleh menguasai kerajaan pada PRU-12 lalu. Dan aku percaya kejayaan mereka juga kerana pecah-belah yang berlaku di kalangan orang Melayu di negeri itu sendiri.

Bayangkan selama ini pun Melayu Pulau Pinang sudah terpinggir terutama mereka yang berada di pulau dan kini nasib mereka semakin parah. Kerajaan negeri mula berlagak macam Belanda minta tanah dengan mengambil tanah-tanah didiami orang Melayu sedikit demi sedikit atas nama pembangunan. Tanah-tanah itu bakal didirikan rumah-rumah dan kondo mewah yang tak terjangkau oleh orang Melayu untuk memilikinya. Lantas siapa yang mendiaminya? Sudah pasti mereka yang dari kaum Cina yang selama ini "setia" memberikan sokongan kepada DAP.

Begitulah ringkasnya nasib Melayu di Pulau Pinang dan mereka tidak boleh salahkan kerajaan negeri yang diketuai DAP melainkan menyalahkan diri sendiri kerana memberikan undi mereka kepada tangan yang salah untuk mentadbir negeri itu. Apa yang boleh dilakukan lagi melainkan angkat kaki dan meninggalkan tanah tumpah darah mereka...

Kesihan cukup kesihan... Tapi itulah yang dimahukan oleh sebahagian Melayu dalam Pas, PKR dan beberapa kerat dalam DAP.
Melayu Pulau Pinang bayar mahal untuk tukar kerajaan Melayu Pulau Pinang bayar mahal untuk tukar kerajaan Reviewed by mesin taip buruk on 7/09/2010 11:34:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.