Amaran terbaru dari Menteri Amaran!

Awas...!! Menteri Dalam Negeri naik angin lagi dan seperti biasa setiap kali amarahnya memuncak dia akan keluarkan amaran. Macam sotong, kalau dia sudah marah atau rasa tercabar sotong akan semburkan cecair hitam... bushhh...!! Hitam legam. Sotong pun tak nampak.

Menteri ini hari ini menyemburkan AMARAN kepada KSU KDN dan KP Imigresen apabila 20 pendatang haram dapat melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen KLIA semalam. Wah! Bukan main lagi si pak menteri marah sehingga beri amaran yang amat keras... Eeee takut!!!! (Baca di sini)

Aku tak taulah ini perkataan amaran yang keberapa yang dikeluarkan oleh pak menteri ini sejak pegang jawatan Menteri Dalam Negeri. Macam-macam amaran dah aku dengar yang keluar dari mulutnya tetapi akhirnya ia senyap dan lenyap macam tu saja.

Isu PATI lari depoh tahanan. Dah tau dah banyak kali berlaku, kalau tak puas hati dengan KSU dan KP Imigresen, pecat atau tukar jelah mereka berdua tu. Tak usah beri amaran-amaran dah. Dah berapa kali amaran aku tak tau.

Kegagalan dua pegawai tu bukan sahaja menyebabkan pendatang haram terlepas dari depoh tapi dua individu yang dikehendaki polis - RPK dan (James) Bala pun boleh terlepas keluar dari negara ini dengan mudah. Tak kisahlah mereka ikut laluan mana, tapi yang jelas dua-dua pegawai tu gagal memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Dan aku rasa, bukan setakat KSU, KP Imigresen ini je yang patut ditukar, tetapi menteri terbabit juga patut ditukar dengan orang lain yang lebih tegas dan berani. Bukan setakat beri amaran demi amaran.... Aku ingat sebab menteri yang lembik itulah gamaknya kadar jenayah semakin meningkat kat Malaysia ni (ops! KPI kata kadar jenayah turunlah beb!).

Ya.. ya.. itu kata KPI tapi rakyat boleh tengok dan boleh baca bahawa hari-hari ada kes bunuh, curi, rompak, samun, rogol, dera, buang anak, ragut dan macam-macam kes jenayah lagi. Rakyat kini makin takut tapi penjenayah makin berani!
Amaran terbaru dari Menteri Amaran! Amaran terbaru dari Menteri Amaran! Reviewed by mesin taip buruk on 8/02/2010 05:00:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.