Kerajaan Kelantan tak buat apa-apa nak majukan negeri

Itulah realiti kerajaan Pas Kelantan yang memerintah negeri itu sejak lebih 20 tahun lepas. Apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan hanyalah berceramah dan berpolitik. Dalam ceramah tak ada kerjaan lain melainkan hentam kerajaan BN, hentam UMNO. Kalau tak direct, indirect atau kias-kias. Balik-balik duk cerita pasal nak tubuh kerajaan Islam tapi dah perintah Kelantan berpuluh tahun tak nampak macam negeri Islam.

Kebajikan rakyat terabai dan tak ada usaha pun nak tarik pelabur baru datang Kelantan, bina kilang, laksanakan pelbagai projek waima projek kecil-kecilan sekalipun melainkan bergantung penuh kepada ekonomi tradisional. Tanam padi, tanam tembakau, nelayan atau tebang balak. Sebab itulah orang muda Kelantan tak boleh duduk Kelantan sebab tak ada kerja. Terpaksa berhijrah ke negeri-negeri di bawah kerajaan BN yang banyak sediakan peluang pekerjaan.

Pergilah ceruk mana dari Johor sampai ke Sabah dan Sarawak di mana-mana sahaja ada orang Kelantan. Paling-paling koman bukak warung tom yam atau masakan panas ala Siam. Orang Kelantan nak berniaga tom yam pun kena keluar dari Kelantan sebab kuasa membeli orang Kelantan rendah. Ish.. tak kan orang Kelantan tak mampu nak beli tom yam semangkuk kot?

Perbahasa dalam Dewan Undangan Negeri pun duk asyik bantai kerajaan Pusat, UMNO. Tak ada isu lain. Tak ada fikir macam mana nak tambah pendapatan ekonomi negeri. Macam mana nak bantu nelayan di Bachok, petani di Machang dan nak pelbagaikan sumber ekonomi Kelantan. Tak ada!!

Nik Aziz boleh dakwa Kelantan makin maju sebab makin banyak shopping complex yang dibuka di Kota Bharu. Hebat MB Kelantan gunakan statistik pusat membeli belah sebagai indikator kemajuan negeri. Baik! itu di Kota Bharu... Macam mana kat Machang, Pasir Puteh, Bachok, Gua Musang dan lain-lain tempat? Mungkin Nik Aziz kata itu tugas kerajaan Pusat nak majukan Kelantan. Kalau majukan Kelantan pun serah kepada Pusat, apa tugas kerajaan negeri yang kutip hasil rakyat... cukai tanah, cukai pintu, bayaran letak kereta (khabarnya paling tinggi di Pantai Timur) atau hasil balak. Mana pergi semua tu?

Korang boleh bantai aku kata aku tak pernah pergi Kelantan mana aku tahu? Macam mana aku boleh judge kerajaan Kelantan macam tu? Siapa kata aku tak pernah pergi Kelantan? Tapi kalau tak pernah pergi pun orang boleh nampak. Kenapa ramai anak muda Kelantan berhijrah ke luar Kelantan? Dan kenapa kadar pengangguran di Kelantan meningkat sehingga lebih 25,000 orang?

Ok! Dah jabatan tenaga rakyat dah dedahkan begitu ramai penganggur di Kelantan, apa tindakan kerajaan Pas Kelantan untuk tangani masalah ini? Aku percaya para Exco Kelantan yang bijak pandai terutama yang urus hal ehwal ekonomi negeri dan juga MB-nya hanya baca laporan itu dengan tersengih tanpa berbuat apa-apa. Paling-paling mereka akan salahkan kerajaan Pusat sebab tak beri royalti minyak kepada Kelantan. Macam mana kerajaan negeri nak majukan Kelantan?

Halooo...Melaka negeri kecik yang tak ada hasil mahsyur macam Kelantan pun boleh maju, boleh sediakan peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyatnya. Orang Kelantan pun berhijrah ke Melaka untuk cari kerja. Kiralah berapa banyak kilang multinasional di Melaka dan bandingkan dengan Kelantan. Kira berapa banyak jumlah pelancong ke Melaka dan bandingkan dengan Kelantan. Kira berapa luas kawasan balak di Melaka dan bandingkan dengan Kelantan. Kira berapa luas jelapang padi dan ladang tembakau di Melaka dan bandingkan dengan Kelantan. Kira berapa banyak telaga minyak di Melaka dan bandingkan dengan Kelantan.

Korang kiralah sendiri. Aku malas nak kira... Penat!
Kerajaan Kelantan tak buat apa-apa nak majukan negeri Kerajaan Kelantan tak buat apa-apa nak majukan negeri Reviewed by mesin taip buruk on 11/24/2010 12:59:00 AM Rating: 5
Powered by Blogger.