Masjid di Selangor bayar penceramah sampai RM60,000 setahun?

Ada masjid di Selangor mengeluarkan perbelanjaan lebih RM60,000 setahun untuk membayar para penceramah yang datang memberi ceramah dan syarahan agama di masjid  berkenaan! Wow... Dahsyat! Maknanya lebih 90 peratus hasil sumbangan orang ramai (jemaah dan kariah) masjid berkenaan disumbang untuk para penceramah agama semata-matanya.

Apakah ceramah agama diadakan setiap waktu sembahyang dan setiap hari di masjid berkenaan sehinggakan kos bayar penceramah sahaja sampai lebih RM5,000 sebulan? Wow! Kenapa elaun para penceramah ini dibayar oleh masjid menggunakan duit sumbangan orang ramai dan bukannya JAIS? Apakah mereka bukan pegawai agama di bawah JAIS? Jadi dari mana datangnya para penceramah ini?

Dokumen laporan kewangan masjid berkenaan akan aku paparkan di sini tidak lama lagi. Tungguuuu.....!!
Masjid di Selangor bayar penceramah sampai RM60,000 setahun? Masjid di Selangor bayar penceramah sampai RM60,000 setahun? Reviewed by mesin taip buruk on 11/13/2010 01:00:00 AM Rating: 5
Powered by Blogger.