Ingat Anwar cerdik, rupanya polis lagi cerdik!

Aku ingatkan Anwar ni cerdik rupanya polis lagi cerdiklah. Anwar bermati-matian tidak mahu memberikan DNA kepada polis tetapi rupanya polis cukup mudah nak dapatkan DNA-nya. Iaitu dengan merampas berus gigi dan tuala Good Morning yang digunakan oleh Anwar ketika ditahan dilokap Bukit Aman tahun 2008 lalu.

Itulah yang diberitahu oleh saksi kepada mahkamah masa perbicaraan kes liwat kedua pemimpin anugerah tuhan oleh bininya di mahkamah hari ini. Baca selanjutnya di sini dan di sini! Boleh juga baca laporan rakan blogger di sini!

Sekarang ini para peguam Anwar cuba nak buktikan bahawa pengambilan bahan-bahan bukti yang dirampas oleh polis adalah tidak sah (sebab tanpa izin tuan punya barang!).

Betullah orang kata, sepanjang kes liwat kedua Anwar ni berlangsung, para peguam yang diketuai oleh Karpal anak beranak cuba untuk mencari kelemahan segi teknikal di pihak polis dan saksi dan bukannya nak membuktikan bahawa Anwar tidak meliwat Saiful atau sebarang alibi untuk tidak mengaitkan Anwar dengan keliwatan Saiful.

Maknanya mereka sekali lagi berusaha untuk membebaskan anak guam mereka dengan menggunakan alasan teknikal sepertimana kes liwat pertama 10 tahun lepas. Apakah kali ini team peguam Anwar akan berjaya?

Meh kita pakat tunggu kesudahan episod Drama King ini! Bila kesudahannya jangan tanya aku....
Ingat Anwar cerdik, rupanya polis lagi cerdik! Ingat Anwar cerdik, rupanya polis lagi cerdik! Reviewed by mesin taip buruk on 3/01/2011 04:16:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.