Puass... puass...!! Indonesia diganyang Malaysia! (Bola SEA Games)

Aksi Malaysia menentang Indonesia pada SEA Games XXVI. Malaysia menang 1-0.
Puas hati aku tengok pasukan bola sepak Sukan SEA Indon kalah dengan Malaysia 0-1 sekejap tadi. Geram benar aku dengan keangkuhan dan kesombongan puak-puak Indon ini. Dahlah tak hormat Negaraku, lepas tu setiap kali atlet kita main (tak kira apa sukan) semua di booo...

Nah kau padan muka. Malam ni lebih 80,000 mat-mat Indon dan minah-minah di Stadium Gelora Bung Karno dan beratus juta rakyat yang tengok TV terkedu bila Syahrul Izwari score gol malam ni. Tak kisahlah walaupun Malaysia tak boleh tambah jaringan biarpun banyak peluang tapi 1-0 dah cukup nak mengajar Indonesia supaya lain kali jangan kurang ajar!

Aku percaya 240 juta rakyat Indon malam ni tak tidur lena selepas kalah dengan Malaysia. Ibarat kata kawan aku, kalau Indon juara keseluruhan SEA Games sekali pun tetapi kekalahan pasukan bola mereka kepada Malaysia sememangnya membuatkan mereka "hilang maruah" dan malu besar. Kalah di gelanggang sendiri pulak tu yeop!

Agak-agak siapa pula media di Indon nak salahkan kali ini? Dulu masa Piala AFF mereka salahkan pancaran laser, malam ini siapa pula? Pengadil? Penjaga garisan? Padang yang teruk? Tiang gol bengkok? Atau mereka akan serang dan salahkan jurulatih mereka? Hehe... Biarkan... biarkan mereka kalut dengan kekalahan pasukan bola mereka malam ini.

Tahniah anak-anak buah Kim Swee. Teruskan usaha agar memastikan kemenangan di peringkat separuh akhir nanti dengan harapan kita akan bertemu lagi  mat-mat Indon ini di peringkat akhir SEA Games pula! (Hehe tu pun kalau Indon lepas dengan Vietnam)

Ha ha... Puas beb... memang puas!
Puass... puass...!! Indonesia diganyang Malaysia! (Bola SEA Games) Puass... puass...!! Indonesia diganyang Malaysia! (Bola SEA Games) Reviewed by mesin taip buruk on 11/17/2011 10:13:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.