Akhirnya rakyat Selangor dapat air percuma...

Aku nak ucap terima kasih kepada kerajaan PKR Selangor, khususnya MB Khalid Ibrahim kerana akhirnya melunaskan janji pilihan raya umum 2008 lalu iaitu menyediakan bekalan air percuma kepada seluruh rakyat negeri ini.

Sesungguhnya kami rakyat negeri Selangor menyokong penuh usaha ini dan kami berjanji pada PRU-13 kami akan memberikan sokongan pada kepada kerajaan Selangor sekarang. Kami tak mengharapkan BN untuk memenuhi kemahuan rakyat. Rakyat mahu air percuma dan sekarang kerajaan Selangor sudah tunaikan. Tak apa lambat sedikit asalkan janji dikotakan.

Inilah bukti keprihatinan kerajaan PKR khususnya Khalid Ibrahim terhadap rakyat negeri. Sesuai benar dengan moto "negeri berkebajikan". Sudah lama benar kami tunggu janji ini ditunaikan. Alhamdulillah... akhirnya Allah makbulkan kemahuan kami, inilah berkat doa Tok Guru Nik Aziz.


Aminnnnn....

Lihatlah... Rakyat tak perlu bayar bil air. Semuanya FREE.... tinggal tadah baldi saja. Terima kasih Khalid Ibrahim.


Akhirnya rakyat Selangor dapat air percuma... Akhirnya rakyat Selangor dapat air percuma... Reviewed by mesin taip buruk on 1/04/2013 11:33:00 PM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.