GEMPAR! Pelakon Hollywood kena serang di Johor Bahru....!!!

Pelakon terkenal Hollywood, Dolph Lundgren yang sering melakonkan watak hero tahan lasak setanding Rambo telah diserang oleh sekumpulan orang jahat ketika beliau berada di Johor Bahru baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau yang tiba di bandar raya itu untuk mencari anak gadis seorang kenamaan yang terperangkap di Johor Bahru. Dalam usahanya menyelamatkan gadis berkenaan Lundgren telah diserang oleh zombie yang memenuhi bandar raya JB!

Huh...! Sabau... sabau... Sebetulnya itu ada sedikit jalan cerita filem Battle of The Damned yang dilakonkan oleh Lundgren dengan sesi penggambaran dilakukan sepenuhnya di Johor Bahru.

Mengikut jalan ceritanya, penduduk di sebuah negara di Asia Tenggara telah bertukar menjadi zombie kerana pencemaran bahan kimia. Beberapa orang masih terselamat termasuk gadis yang aku maksudkan tadi. Ludgren berusaha untuk mengeluarkan mereka dari negara terbabit dan pada masa yang sama cuba menghapuskan zombie-zombie berkenaan.

Haha... Aku rasa filem ini belum ditayangkan di panggung tempatan. Tapi aku dah tengok di Internet. Ceritanya nampak macam mengarut sikitlah. Tapi sebab lokasi pengambarannya di Malaysia, maka aku layan sajalah.

Pada mulanya aku tak tahupun ia dibuat di Johor Bahru. Aku sangka di KL atau Lembah Klang. Sebab mereka menggunakan shot-shot dekat. Jadi tak nampak keseluruhannya.  Tapi diakhir cerita dimaklumkan lokasi pengambaran dibuat di JB. Malahan produksi Hollywood ini juga banyak menggunakan tenaga krew tempatan.

Tahniah!

Ini thriller filem Battle of The Damned:

GEMPAR! Pelakon Hollywood kena serang di Johor Bahru....!!! GEMPAR! Pelakon Hollywood kena serang di Johor Bahru....!!! Reviewed by mesin taip buruk on 8/01/2013 05:00:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.